JOM! Media Prima Exhibition at Sri Pentas - come along!

08 May 2011

JOM !

Sebuah Kempen Kesedaran HIV dan AIDS
Sempena Hari Memperingati AIDS Sedunia 2011
Tarikh | 9 hingga 11 Mei 2011
Masa | 8:30 pagi hingga 5:30 petang
Tempat | Ruang Legar Sayap Utara, Sri Pentas, Bandar Utama

Majlis AIDS Malaysia (MAC) merupakan organisasi bukan kerajaan yang diamanahkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia untuk menyelenggarakan kerja-kerja pencegahan HIV dan AIDS di kalangan golongan berisiko tinggi sejak tahun 1992. Menerusi kerja sama dengan lebih 40 Ahli Gabungan organisasi bukan kerajaan yang lain di seluruh negara, MAC berusaha untuk menyediakan perkhidmatan pencegahan, rawatan, jagaan dan sokong bantu HIV kepada mereka yang memerlukan. Selain itu, MAC juga berfungsi sebagai agen penyampai maklumat yang tepat untuk meningkatkan pendidikan dan kesedaran tentang HIV dan AIDS bagi membasmi stigma dan diskriminasi terhadap golongan yang berisiko serta mereka yang hidup dengan HIV. Sempena Hari Memperingati AIDS Sedunia yang disambut pada 15 Mei 2011 ini, Media Prima Berhad selaku rakan media utama MAC membawakan kempen kesedaran HIV lebih dekat kepada anda semua.

Aktiviti-Aktiviti Kemuncak Pameran bersama dengan Ahli Gabungan Majlis AIDS Malaysia, Yayasan PT dan Rumah Solehah Jualan merchandise untuk mengisi dana Yayasan AIDS Malaysia serta Ahli Gabungan Kuiz HIV setiap jam – hadiah menarik untuk dimenangi! Kenali kempen Selebriti Sokongan Riben Merah MAC dan AIDSAware Yayasan PT Flashmob sewaktu lintas langsung dengan Malaysia Hari Ini pada 11 Mei 2011 (8 :00 – 9 :00 pagi)
Untuk keterangan lanjut sila hubungi Zaki Arzmi di talian 016-292 2948 atau emel zaki@mac.org.my

No comments:

Post a Comment