SHAH ALAM - Majlis Aids Malaysia (MAM) menjalin kerjasama dengan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) bagi menangani isu sosial, kebajikan dan masayarakat mengenai HIV/AIDS. Menurut Presiden MAM, Tan Sri Mohd Zaman Khan berkata, MAM dan Mais memperkukuhkan kerjasama dalam mempertingkatkan fungsi MAM dalam program sokong bantu kepada mereka yang hidup dengan melalui bantuan Baitulmal dan Ar-Riqab.
"Antara inisiatif bersama yang pernah dijalankan termasuklah majlis, kempen media dan program kerohanian yang melibatkan program temu seru untuk komuniti terpinggir," katanya.
Hasil kerjasama tersebut, beberapa program efektif dianjurkan, antaranya ialah Hari Memperingati AIDS Sedunia (IAMD) di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah melalui kerjasama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia pada 13 Mei lalu. Mais antara majlis agama yang tampil membantu dengan membiayai bantuan rumah perlindungan melalui kutipan zakat.
Dua rumah perlindungan ditubuhkan iaitu Rumah Istana Budi di Kuang dan Rumah Darul Ukhwah di Petaling Jaya. Kedua-duanya menempatkan seraai 50 orang yang dibiayai sepenuhnya oleh Mais dengan menelan belanja sebanyak RM750,000 setahun. Dalam pada itu, Mais kini merancang menubuhkan rumah perlindungan HIV yang boleh menempatkan lebih ramai lagi komuniti terpinggir dalam Project Baitul Islah.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment