Rumah Terbuka Komuniti Hari Raya Aidil Fitri 2011

12 September 2011


Kami di Pusat Bantuan Khidmat Sosial (PBKS) PT Foundation ingin mengadakan Rumah Terbuka sempena Hari Raya Aidil Fitri untuk Komuniti yang dikatakan terpingir. Jika sesiapa berminat untuk menderma dari segi wang, kuih muih atau makanan basah/kering, sila hubungi PBKS di 03-26970655.

PBKS adalah sebuah Kumpulan Sokongan yang memberikan perkhidmatan kepada komuniti Orang Dengan HIV (ODHIV) dan Komuniti Yang Terjejas Secara Langsung Dengannya. Kami beroperasi dari jam 9.00 pagi - 6.00 petang setiap hari Rabu hingga Ahad dan menjalankan program pencegahan, pendidikan dan informasi berkaitan HIV/AIDS dengan mengadakan Kelompok Sokongan kepada ODHIV serta komuniti yang terjejas melalui aktiviti Sokong Bantu, Outreach dan Drop In Centre.

Tarikh : 17hb September 2011
Tempat : Tingkat 4, No 326 - 328, Wisma Tancom, Jalan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur
Masa : 1pm - 4pm

No comments:

Post a Comment